JASA PAS DALAM PENDIDIKAN.
Cuba perhatikan… Dalam Malaysia ni parti mana yang mendidik ahlinya berorganisasi untuk membantu dan didik rakyat.. Dua perkara sangat penting kepada rakyat Malaysia. Pendidikan dan kebajikan.
Sebagai ahli PAS saya berbangga dengan didikan PAS. Ia bukan hanya sebuah parti politik yang mengejar kuasa tanpa peduli kebajikan rakyat. Saya fokus pendidikan sahaja untuk tulisan ini.
Pendidikan.
PAS miliki institusi pendidikan dari tadika hingga kolej universiti. Siapa tak kenal PASTI? Pasti adalah pendidikan peri gkat pra sekolah. Silibusnya dirangka oleh pakar pakar akademik yang merupakan ahli PAS. Kini PASTI miliki ribuan yang wujud di celah kampung hingga tengah bandar. PASTI telah mempertingkatkan silibus dengan memasukkan kelas tahfiz. Nak tahu lebih..? Kunjungi PASTI berdekatan.
PASTI ini beberapa kali cuba diharamkan. Diheret ke mahkamah dengan pelbagai alasan. Namun atas nama aktiviti pendidikan dari parti yang berdaftar, ia tidak mampu dihalang. Dituduh mengajar ajaran sesat dan politik kepada kanak kanak. Namun fitnah itu hanya mampu memberi promosi percuma kepada PASTI..
SRITI pula adalah pendidikan peringkat sekolah rendah. Walaupun ia baru, namun telah membangun dengan cepatnya. Ia adalah tuntutan bagi kesinambungan PASTI.
SMITI yang mungkin lebih awal akan menyambut pelajar SRITI meneruskan pendidikan jajaran sekolah di bawah PAS yang diurus oleh pemuda. Ia penting bagi kesinambungan membentuk generasi rabbani.
PAS juga miliki kolej universiti seperti KUIZM. Selain itu PAS ada beberapa kolej universiti sendiri.
Pimpinan PAS seperti Tn Guru Hj Hadi miliki Darul Quran yang telah melahirkan ramai ulama dan aktivis PAS sejak zaman berzaman. Begitu juga Darul Ulum di Kedah hasul usaha almarhum ust Fadzil Nor , Ustaz Azizan dan beberapa orang pimpinan PAS Kedah.. Sekolah dan pusat pendidikan seperti Berakan yang sinonim dengan nama Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik, Darul Anwar, Pulau Melaka diasakan Almarhum Tn Guru Nik Aziz dan ratusan pusat pendidikan persendirian yang di asaskan pimpinan PAS dan aktivisnya.
Mengapa PAS sangat menggalakkan dan memberi tumpuan kepada pendidikan? Sebagai gerakan dakwah walaupun memilih politik sebagai jalan tetap sedar kepentingan ilmu dan pendidikan di dalam islam.
Cari dan bandingkan PAS dengan mana mana parti politik di Malaysia hari ini yang memberi fokus dalam pendidikan… Ini sumbangan PAS, kepada rakyat Malaysia walaupun tanpa kerajaan. Bayangkan jika PAS adalah parti yang mendominasi kerajaan Malaysia nanti.. Masihkan anda ragu?