SHAH ALAM, 2 MAC 2023 – Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Ustaz Sukri Omar selaku Yang Dipertua PAS bersama ahli jawatankuasa Cawangan 18 diketuai oleh Saudara Syed Faizal telah turun menyantuni 7 keluarga asnaf di sekitar Seksyen 18 siang tadi.
Keceriaan jelas terpancar di wajah para penerima bantuan apabila menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM500 disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam Ustaz Sukri Omar.
Kunjungan ziarah dan sumbangan itu sempena bulan Ramadan, selain turut mengemaskini perkembangan golongan tersebut, serta bantuan susulan yang diperlukan.
Semoga Jejak Asnaf Ramadhan ini menjadi bukti momentum keprihatinan PAS Kawasan Shah Alam yang berterusan tanpa mengira latar belakang dalam menghulurkan sumbangan.
Hanisya@OmakKau – Media Fastaqim