• Mon. May 29th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Jentera PAS perlu berhemah jaga adab di media sosial – Takiyuddin

Oct 12, 2022
Spread the love

KENYATAAN MEDIA
JENTERA PAS PERLU BERHEMAT DAN BERADAB

Seluruh Jentera Pilihan Raya PAS dipinta supaya bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan diadakan dalam tempoh terdekat yang akan diumumkan SPR.

Sebagai sebuah Parti politik yang berteraskan Islam, seluruh Pimpinan dan Ahli serta penyokong PAS juga dikehendaki terus menjaga adab dan kesopanan seperti mana yang diajar oleh Agama Islam. Ini termasuk dalam segala hantaran (posting) mahupun artikel di media sosial yang boleh menimbulkan kebencian dan fitnah memfitnah termasuk terhadap lawan politik wajib dielakkan sama sekali.

Perlu diingat bahawa Perlembagaan PAS menetapkan semua ahli-ahli PAS antara lainnya perlu sepanjang masa mengamal akhlak Islam serta sentiasa mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti. Perbuatan seumpama ini merupakan suatu kesalahan tatatertib yang boleh diambil tindakan sewajarnya.

PAS juga yakin usaha menjayakan gagasan perpaduan ummah turut akan lebih mudah dicapai apabila semua parti-parti utama Melayu-Islam dan Bumiputra dalam negara ini dapat berlapang dada serta berjiwa besar dalam menghadapi PRU15 ini dengan melihat kepentingan yang lebih besar iaitu kestabilan negara dan kebahagiaan rakyat jelata. Dalam hal ini PAS juga berpandangan bahawa konsep dominasi politik oleh golongan majoriti dalam sesebuah negara bukanlah sesuatu yang berbentuk rasis dan tidak adil, sebaliknya ia adalah suatu lumrah penerimaan umum di mana-mana negara di dunia.

“MALAYSIA SEJAHTERA”

Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 11 Oktober 2022