JOHOR BAHRU, 2 OGOS 2022 – Hujan lebat lebih sejam mengakibatkan beberapa laluan di sekitar bandar raya ini selain pekarangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) dilanda banjir kilat.
Kenderaan bergerak secara perlahan di Jalan Wong Ah Fook walaupun laluan dinaiki air. Manakala laluan di Jalan Yahya Awal dan Jalan Ayer Molek turut diancam banjir kilat hingga mengakibatkan kesesakan.
Banjir juga turut erlaku di Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan di pekarangan HSA. Perkara itu menimbulkan kesulitan kepada pengunjung dan pesakit yang berurusan di hospital.
Bbanjir kilat juga melanda di Kampung Muhamad Amin di Nong Chik hingga air paras pinggang, Jalan Pantai Lido menghala pusat bandar raya, Jalan Mahmodiah di hadapan Restoran Yasin dan Jalan Seri Pelangi menghala Stulang Laut.