• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

JPKK pengukur keberkesanan wakil rakyat kata Razman

Nov 27, 2021
Spread the love

BAGAN SERAI, 26/11/2021-

Sudah semestinya menjadi tanggungjawab bagi setiap wakil rakyat untuk memastikan penduduk ataupun masyarakat di kawasannya mendapat kemudahan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Walau bagaimanapun usaha itu pastinya memerlukan sokongan terutamanya bagi mengenalpasti golongan yang disasarkan.

Justeru, JPKK (jawatankuasa pengurusan kemajuan dan keselamatan kampung) merupakan satu cabang pentadbiran paling penting di peringkat akar umbi untuk memastikan kelancaran usaha itu dapat dilaksanakan.

Ini kerana, mereka merupakan pemimpin di peringkat akhir yang berhubung secara langsung dengan penduduk di kampung atau kejiranan seterusnya menjadi perantara kepada wakil rakyat disesuatu kawasan.

Di samping itu ia juga menunjukkan peranan JPKK merupakan antara kayu ukur paling penting di mana keberkesanan mereka memainkan peranan di peringkat akar umbi akan memberikan nilai positif dan sebaliknya pula membawa impak negatif kepada seseorang wakil rakyat jika tanggungjawab JPKK tidak dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Perkara itu dinyatakan oleh ADUN Gunung Semanggol Tuan Haji Razman Zakaria dalam program penyampaian sumbangan di dewan orang ramai, Kampung Parit Air Hitam disini pada Jumaat.

“Apabila Allah subhanahu wa Ta’ala takdirkan Pak Teh (Razman) jadi wakil rakyat di sini, jadi apa yang Pak Teh nak pastikan orang sini dapat?

“Pertama sekali, jabatan-jabatan kerajaan ni banyak bantuan yang dia boleh bagi. Kita nak pastikan orang-orang yang (layak) dapat bantuan, dia dapat.

“Tapi kita tak tahu siapa yang patut dapat. Yang tahu JPKK lah. Dialah yang tahu jika disana rumah dah runtuh, ada penduduk memerlukan dan sebagainya.

“Jadi kalau ada jiran yang susah, anak sekolah, OKU dan sebagainya kena maklum pada ketua kampung (JPKK), ketua kampung bawa kepada pusat khidmat kita tengoklah boleh tolong ikut (agensi) mana mana”, ujarnya.

Program sumbangan barangan makanan tersebut melibatkan penduduk memerlukan dari empat kampung berhampiran iaitu Parit Air Hitam, Parit Haji Ali Alor pongsu, Parit Haji Taib 3 dan Parit Mentara 3.