• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Jumlah mangsa banjir 5 negeri hampir cecah 30,000

Mar 2, 2023
Spread the love

Seramai 29,748 mangsa terpaksa dipindahkan apabila banjir terus melanda di lima buah negeri setakat pukul 6 petang tadi.

Jumlah itu meliputi 8,358 keluarga dan 245 pusat pemindahan sementara, menurut maklumat terkini oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Johor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 27,058 mangsa melibatkan 204 pusat pemindahan, 7,618 keluarga, 9,895 perempuan dewasa, 9,737 lelaki dewasa, 3,573 kanak-kanak lelaki dan 3,213 kanak-kanak perempuan.

Ini termasuk 1,253 warga emas lelaki, 1,366 warga emas perempuan, 319 bayi lelaki, 321 bayi perempuan, 133 orang kurang upaya (OKU) lelaki dan 83 OKU perempuan.

Ia diikuti dengan Pahang yang mencatatkan 1,543 mangsa, Negeri Sembilan (1,048), Melaka (74) dan Sarawak (25).