KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin menurun kepada 30,143 setakat pukul 8 pagi tadi berbanding seramai 32,089 orang semalam.
Bagaimanapun, jajahan Jeli kembali dilanda banjir apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) kembali dibuka yang menempatkan seramai 198 mangsa.
KUALA TERENGGANU – Keadaan banjir di Terengganu mulai surut apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 36,231 orang daripada 9,739 keluarga pada 8 pagi ini berbanding 38,574 orang daripada 10,493 keluarga pada 4 petang semalam.
Sebanyak 21 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup secara berperingkat sejak petang semalam menjadikan jumlah keseluruhan PPS yang beroperasi hanya di 256 lokasi berbanding 277 lokasi sebelum ini.