KALIMAH ALLAH: PAS SERU AHLI POLITIK MELAYU ISLAM BERSATU
- Amat mengecewakan apabila penjelasan daripada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri berkenaan isu Kalimah Allah ini hanya menambahkan lagi keresahan umat Islam di negara ini.
- Kerunsingan ini pastinya akan mewujudkan suasana panik, tidak teratur, dan resah dalam kalangan umat Islam selaku kaum paling majoriti di Malaysia.
- Apa yang menjadi keperluan pada hari ini ialah usaha menyatukan pemimpin-pemimpin politik Melayu Islam, NGO dan NGI Islam di negara ini di bawah satu payung mempertahankan kesucian Kalimah Allah.
- PAS menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik Melayu Islam agar ketepikan seketika segala perbezaan, pertembungan, dan perselisihan yang bersifat cabang dalam agama dan meletakkan kepentingan Kalimah Allah sebagai keutamaan tertinggi.
- Marilah kita hayati syair bekas Yang Dipertua Agung PAS, Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Hilmy berbunyi, “Di atas robohnya Kota Melaka, kita bangunkan jiwa merdeka. Bersatu padulah segenap baka, membela hak keadilan pusaka”.
Sekian
“Malaysia Sejahtera”
YB Ir. Ts. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS
Ahli Parlimen Jerantut
Bertarikh: 28 Syawal 1444H / 19 Mei 2023