• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Kalobrasi Pemuda Shah Alam, Kuala Krai tabur bakti di Tmn Sri Muda

Spread the love

SHAH ALAM, 24 DISEMBER – Semalam team dari Kuala Krai Kelantan turun konvoi beramai-ramai untuk membalas budi bantu mangsa banjir di Selangor.

Hari ini sebahagian team dari Kuala Krai telahpun memulakan tugas-tugas pembersihan bersama Jabatan Amal Shah Alam yang diketuai oleh Ustaz Aubidullah Fahim Ibrahim.

Untuk operasi di Taman Sri Muda, mereka melakukan tugasan di kediaman mantan AJK PAS Shah Alam iaitu Cikgu Rosli.

Air banjir sehingga tingkat 2 kediamannya itu telah memusnahkan sebahagian besar kelengkapan rumah seperti barang elektrik dan perabut.

“Sedikit pun tak sangka sebab tidak pernah banjir begini sejak kami tinggal di sini pada 2017. Inilah kali pertama bagi kami. Allahuakbar, hebat dugaan Allah. Kami kena reda dengan ujian ini,” kata Cikgu Rosli.

Kerjasama baik antara dua pertubuhan Shah Alam dan Kuala Krai ini diutamakan demi memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan penduduk yang terjejas banjir