KHTP LAKAR SEJARAH LANCAR CAPAIAN JALUR LEBAR 5G
KULIM – Kulim Hi-Tech Park (KHTP) mencatat sejarah apabila Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, YB Romani Wan Salin merasmikan jalur lebar tanpa wayar generasi kelima (5G).
Majlis bersejarah tersebut diadakan di KHTP Business Centre, hari ini.
Menurutnya, jalur lebar 5G ini di dalam perancangan akan dilancarkan pada tahun hadapan.
“Perancangan bagi teknologi 5G ini akan bermula tahun hadapan, namun dari komitmen baik dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), perancangan tersebut dapat dibuat lebih awal ke tahun ini.
“Dengan adanya teknologi 5G ini semua segmen industri boleh menerima manfaatnya,” ujarnya.
Tambahnya lagi, keperluan 5G di Negeri Kedah perlu di beri keutamaan kerana Kedah telah menjadi pilihan pelabur dari dalam dan luar negara.
Maklum beliau lagi, Kedah akan mempunyai sebanyak 376 menara yang akan mempunyai liputan 5G.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”