- Janji ke-17 dalam tawaran Harapan PRU-15 menyatakan tentang menjamin kebebasan media dan hak bersuara.
- Menjadi amalan dalam Pakatan Harapan apabila sudah berjanji, haruslah dimungkiri.
- Kerajaan PH-BN tanpa berselindung telah mengikat kaki dan tangan pembangkang serta rakyat. Sehinggakan rakyat yang berbeza pandangan diugut secara langsung.
“Jangan marah saya kalau ada panggilan nanti ataupun ada radio car yang singgah di rumah anda.” -Menteri Komunikasi dan Digital
- Sememangnya kebebasan bersuara ada batasnya. Yang dipertikai adalah ketidakadilan kerajaan dalam mengurus perkara ini.
- Dari awal pentadbiran PH-BN, pengguna media sosial yang mengkritik kerajaan disekat dan dikenakan pelbagai tindakan.
- Pembangkang pula difitnah dengan pelbagai tuduhan tidak berasas sehingga dibawa ke mahkamah.
- Bahkan pengamal media turut ditekan sehingga berita tentang jangkaan ekonomi oleh penganalisis dituduh sebagai fitnah yang dibuat oleh wartawan.
“Dalam beberapa bulan beliau (Fahmi Fadzil) cuba membuli media.” -Gobind Rudra, Wartawan Senior
- Sudah tidak terhitung berapa ramai rakyat terutama anak muda dipanggil ke balai hanya kerana mereka mengkritik kelompongan kerajaan.
- Namun entah kenapa kerajaan seolah-olah buta dan tuli apabila puak-puak mereka sendiri yang melanggar had kebebasan bersuara.
- Di manakah pendirian dan tindakan tegas kerajaan ketika Lim Guan Eng membuat ucapan provokasi 3R yang jelas sengaja menyebarkan Islamofobia?
- Di manakah Fahmi Fadzil ketika Timbalan Ketua Keadilan Shah Alam membuat kenyataan rasis dengan menggelar PSM sebagai Parti India Estet?
- Paling hina apabila Menteri Komunikasi sendiri menggunakan fitnah di dalam ucapan kempen pilihan raya.
- Kenapa rakyat ditekan sedangkan pimpinan PH-BN serta pendukung mereka yang jelas salah tidak dikenakan apa-apa tindakan?
- Sudahlah gagal mentadbir, rakyat pula hendak didiamkan. Maka hiduplah kerajaan Madani dalam fantasi tong gas 10 kg berharga RM19.
- Rakyat kini tidak lagi mempunyai akses kepada maklumat yang benar.
- Kita kritik kerajaan kerana ini negara kita. Kita bertindak dan bersuara demi masa depan kita.
- Mematikan kebebasan bersuara ini akan merosakkan fungsi penting demokrasi.
- Rakyat tidak akan diam. Suara ini akan diterjemah dalam undi PRN kelak.
USTAZ NASRUN OTHMAN
Ketua Pemuda PAS Kedah
17 Julai 2023