• Fri. Oct 4th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Kecelaruan polisi Anwar sebagai PMX

May 8, 2023
Spread the love

Ada satu peristiwa yang baru berlaku. Peristiwa yang sudah dijangka dan juga menggusarkan hati dalam masa yang sama.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion kepada Negeri Sembilan bagi melaksanakan pelbagai projek di sana.

Sehari sebelum itu, Anwar mengumumkan tambahan dana kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi percepat pembinaan projek LRT Pulau Pinang.

Kedua-dua ini diumumkan di dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani yang dikatakan lebih jimat jika dibuat di 6 buah negeri. Kebetulan 6 negeri itu adalah 6 negeri yang akan berlangsungnya PRN nanti.

Amalan umum projek di negeri yang dilawati ini memang sudah dijangka akan dilakukan oleh PMX kerana beliau pernah menegaskan bahawa beliau TIDAK AKAN meneruskan amalan umum projek menjelang PRU.

“Saya nak sebut kepada semua, (adalah) bukan amalan saya (untuk umum sesuka hati berkenaan projek)… jangan harap Perdana Menteri datang sini untuk menangi hati rakyat (dengan) umum projek itu (dan) ini.” -Anwar Ibrahim, Januari 2023

Demikianlah Anwar.

Setelah 5 bulan menjadi Perdana Menteri, beliau layak dinobatkan sebagai Perdana Menteri yang paling banyak melanggar janji.

Jadi asasnya, jika anda sebagai rakyat mendengar apa-apa reformasi/janji/polisi yang dilaungkan oleh Anwar, bersedialah untuk menerima hal yang sebaliknya.

Masihkan anda ingat?

  1. Dalam fasa kempen PRU-15, Anwar menegaskan bahawa PH tidak akan bekerjasama dengan UMNO-BN.
    Hari ini, mereka bersama dalam kerajaan Madani.
  2. Seminggu sebelum pembentukan kabinet, Anwar menyebut tidak akan pertimbang jawatan Menteri Kewangan.
    Hari ini, beliau memegang jawatan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan serentak.
  3. Sepanjang kempen Anwar melaungkan perjuangan melawan korupsi siap menyanyi lagu penyamun.
    Selepas kempen, beliau melantik kluster mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
  4. Anwar ketika zaman pembangkangnya sangat lantang mengkritik budaya nepotisme.
    Tahun ini, beliau telah melantik anak sendiri sebagai penasihat kanan Perdana Menteri.
  5. Bertahun-tahun Anwar membantah lantikan MP ke GLC.
    5 bulan ini sahaja, tidak terkira bilangan MP dan pimpinan PH-BN yang dilantik ke GLC.
  6. Ogos 2022, PH keluarkan kenyataan media mengkritik amalan menggunakan kakitangan kerajaan untuk tujuan politik parti.
    Mei 2023, PH-BN buat rumah terbuka di 6 negeri yang akan berlangsung PRN atas nama kerajaan Madani.

Ini adalah sebahagian bukti perjuangan kontradik Anwar yang kesannya terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Berhentilah sucikan Perdana Menteri yang ada kecelaruan polisi sebegini. Sudah 5 bulan, sudah macam-macam wayang dimainkan namun rakyat tetap susah. Siapa sangka 5 bulan di bawah Anwar lebih teruk daripada 22 bulan di bawah Tun Mahathir.

USTAZ ABD RAZIB ABD RAHIM
Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang
8 Mei 2023