• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Kedah sumbang RM200 ribu, makanan asas bantu mangsa banjir Pantai Timur

Dec 21, 2022 ,
Spread the love

Kerajaan Negeri Kedah bersetuju menyumbangkan bantuan kewangan RM200 ribu kepada Negeri Kelantan dan Terengganu.

Sumbangan itu juga sebagai tanda simpati kerajaan Kedah kepada puluhan ribu mangsa yang terkesan akibat banjir di kedua-dua negeri.

Selain bantuan kewangan, kerajaan negeri juga menghantar empat kontena beras (24,000 beg) dan bahan makanan asas lain daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZK).

Penghantaran sumbangan makanan akan dibuat sebaik saja keadaan mengizinkan.

.