• Mon. Sep 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Keganasan sebagaimana menghina Islam tiada tempat dalam masyarakat – Roslan SMS

Mar 31, 2024
Spread the love

KEGANASAN SEBAGAIMANA JUGA MENGHINA UMAT ISLAM TIADA TEMPAT DALAM MASYARAKAT

Isu penjualan stokin tertulis kalimah Allah ini sedang berputar luar kawalan.

Ada pelampau pula sehingga bertindak ganas, ini tidak boleh langsung diterima.

Untuk leraikan ketegangan jangan kita siramkan minyak, tapi bertindaklah dengan bijak sehingga menyejukkan hati semua pihak dengan harapan segera tenang dan selesai.

Pihak yang menjadi punca ketegangan ini adalah KK Mart dan pembekalnya, mereka kini seang dibicarakan di mahkamah. Junjung kasih pada YDP Agong kerana tegas bertitah agar tindakan segera diambil.

Sementara itu sebahagian masyarakat Islam pula atas pilihan sendiri bertindak.memboikot kedai serbanika ini. Itu hak.mereka kerana hati dan perasaan mereka telah terguris akibat insiden besar ini. Mengherdik atau mempertikai tindakan boikot itu tidak membantu tetapi akan hanya mencetuskan lagi kemarahan. Biarlah yang mahu boikot bebas dengan pilihan mereka, mungkin setelah proses pengadilan selesai dan yang menjadi.punca menerima hukuman, setimpal yang memboikot akan berpuas hati dan berhenti memboikot.

Tak perlu ahli-ahli politik tertentu campurtangan minta sokong kedai.ini konon untuk mematahkan kempen boikot itu kerana bertindak begitu seakan mengalihkan kesalahan kepada kumpulan yang boikot sedang punca insiden ini bukan boikot tetapi puncanya mereka yang sedang diadili di mahkamah.

Beerindak waras dan bijaklah semua pihak. Yang bersalah mesti memikul akibat dari kesalahann mereka walaupun pahit atau mahal akibatnya, rakyat marah pada mereka jangan pula nampak macam kita membela si pesalah kerana itu tidak membantu meredakan ketegangan.

Biar proses pengadilan bebas berjalan. Biar yang sedih dan kecewa bertindak tanpa melanggar undang- undang, boikot itu tindakan sivil yang tidak melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang pun. Jangan ada yang mahu menangguk di air keruh.

Namun dalam kes ini jika ada yang bertindak melampau di luar batas undang-undang, segera bertindak atas mereka.

Boikot tak salah tapi jangan bertindak melanggar undang-undang.