• Sun. Feb 9th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Kelantan negeri contoh, sifar rasuah berintegriti

Nov 6, 2022
Spread the love

Kelantan adalah negeri contoh mudah yang terang dan benar bagaimana setelah PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990 sehingga sekarang, iaitu selama 32 tahun masih berstatus sifar rasuah. Bukan sahaja sifar rasuah tetapi sifar mana-mana pemimpin PAS Kelantan dari diheret kemuka pengadilan atas apa jua kesalahan jenayah termasuk salah guna kuasa, pecah amanah atau terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Jelas apabila pemerintah dijalankan kerana mengamalkan Amar Makruf Nahi Mungkar dan Membangun Bersama Islam maka hasilnya sebuah pentadbiran yang sifar rasuah.

Model pemerintahan Kelantan ini, kini menjadi contoh teladan ikutan oleh pemerintahan Terengganu dan Kedah. Hasilnya pun serupa. Sifar rasuah.

Rakyat Kelantan tahu bagaimana pemerintahan PAS Kelantan dizalimi dan dilayan lebih teruk dari anak tiri dengan ditekan dan disekat pelbagai bantuan kewangan dan dana yang sepatut diterima namun sama ada dilengahkan atau tidak diberikan langsung, namun pemerintahan Kelantan masih mampu berjalan walaupun dalam kedudukkan kewangan seperti enjin 2 silinder.

Rakyat Kelantan bukan sahaja kefahaman agamanya cukup tinggi tetapi kefahaman politiknya pun cukup tinggi dan berprinsip tegas.

Contohilah rakyat Kelantan dengan mempertahankan PAS dan kekal pemerintahan Kelantan ditangan PAS.

Selepas ini matlamat ialah menerajui Putrajaya pula selepas PRU15 ini .. Insya’Allah.

Undilah Perikatan Nasional .. PRIHATIN BERSIH STABIL

TENKIU