• Fri. Dec 6th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Tular video Kelisa lawan arus langgar MyVi

Oct 29, 2020 , ,
Spread the love

SHAH ALAM, 29 Oktober 2020 – Kes lawan arus Lebuhraya LKSA selepas Balai Bomba Seksyen 15 menghala Pusat Bandar Shah Alam.

Polis telah menahan seorang lelaki warga emas kerana memandu kereta secara melawan arus di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dalam kejadian kira-kira 5 petang, tindakan pemandu berusia 73 tahun itu turut mengakibatkan dua kemalangan di lebuh raya terbabit.

Baharudin berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Sek 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu.

“Sebuah kereta Honda City terbabas dan terbalik kerana cuba mengelak kereta Perodua Kelisa yang dipandu suspek di kilometer (KM) 3.1 menghala ke pusat bandar Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baharudin berkata, kereta yang dipandu suspek kemudian melanggar sebuah Perodua Myvi di KM6.6 lebuh raya terbabit.

“Pemandu kereta Honda City yang cedera telah dibawa ke sebuah hospital swasta, manakala suspek dan pemandu Perodua Myvi pula tidak mengalami kecederaan,” katanya.