• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ tema Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2022

Jul 2, 2022
Spread the love

Tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih untuk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia.

Berita itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, hari ini.

“Logo tahun ini pula berkonsepkan jalur liputan Internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

“Ia juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat,” katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha K-KOMM, Datuk Seri Mohammad Mentek merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.

Katanya, maklumat lanjut berkaitan tema, logo dan aktiviti Bulan Kebangsaan 2022 boleh didapati di laman web www.merdeka360.my. –