• Fri. Dec 6th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Keluasan Syurga – UAD

Oct 18, 2022
Spread the love

Para ulama berbeza pandangan dalam mentafsirkan keluasan syurga. Berdasarkan pandangan jumhur, pertemuan antara langit dan bumi adalah sepertimana pakaian yang dijahit menghubungkan kain antara satu sama lain, lalu terhasillah sehelai pakaian. Maka itu dinamakan sebagai lebar dan tidak ada seorang pun yang mengetahui panjangnya melainkan Allah SWT.

Betapa luasnya keluasan syurga sehingga menyamai langit dan bumi. Langit adalah ciptaan Allah yang sangat hebat dan luar biasa sehingga Allah mengambarkannya menerusi firman-Nya:

Yang bermaksud: Dan langit yang Kami bangun dengan kekuatan Kami dan sungguh Kami meluaskan langit tersebut (sungguh luas langit ini). (Surah al-Dzariyat, 51:47)

Kita mengetahui bahawa di langit adanya matahari, bulan, galaksi-galaksi, bintang-bintang dan planet-planet. Akan tetapi, kita tidak dapat mengetahui di mana pucuk pangkal dan penghujung langit itu.

Dapatkan 40 Hadith Syurga Neraka di Matan Publication
https://linktr.ee/matanpublication

Shopee
https://shopee.com.my/matan.publication