Berita Khidmat Malaysia
DAMAILAH DIKAU DISANA PAK RAHIM
Penghormatan terakhir buat sahabat seperjuangan, Almarhum Pak Rahim, anggota sukarelawan Khidmat Malaysia Jabatan Amal Malaysia JAM Negeri (JAMN) Perak telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kamunting
Solat jenazah diimamkan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Hafez Sabri dan turut dihadiri Timbalan Presiden PAS Pusat, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man di Masjid Kampung Ekspo, Kamunting, Perak
Turut hadir, mantan Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Tuan Norazman dan Pengarah JAMN Perak, Tuan Abdul Karim serta pimpinan utama Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dan pelbagai peringkat
Al-Fatihah
BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH
TENKIU