Kesedaran mengibarkan Jalur Gemilang seharusnya ada dalam diri rakyat Malaysia tanpa mengira Agama dan bangsa. Seharusnya tindakan itu akan lebih meriah dengan ketibaan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos yang akan tiba tidak lama lagi.
Jalur Gemilang merupakan objek yang amat kita banggakan sebagai simbol pengorbanan, kebebasan dan kebanggaan rakyat Malaysia. Ambil kesempatan untuk mengingatkan rakyat supaya tidak mengibarkan Jalur Gemilang lusuh, koyak dan terbalik, kerana ia mempamerkan ketidakprihatinan dan satu penghinaan kepada negara kita yang berdaulat dan dicintai ini.
Tema ‘Malaysia Prihatin’ membawa pengertian kesepaduan seluruh rakyat Malaysia memerangi COVID-19 tanpa mengira peringkat masyarakat dan kepedulian Kerajaan melalui inisiatif PRIHATIN yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Justeru itu PAS Kawasan Shah Alam telah melancarkan kempen “Kibar Jalur Gemilang” dengan menyeru warga Shah Alam khususnya untuk bersama mengibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing, pejabat, premis perniagaan serta di kenderaan kita sebagai tanda rasa cinta kita kepada Malaysia.
AYUH KIBARKAN JALUR GEMILANG
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Yang DiPertua PAS Kawasan Shah Alam