• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Kenapa kami boikot – Roslan SMS

Jan 3, 2024
Spread the love

DALAM CNN Business edisi 23 Oktober 2023 dilaporkan:

McDonald’s Kuwait said in a statement, also posted on X, that “McDonald’s Kuwait is a 100% locally owned and operated Kuwaiti company, owned by Al Maousherji Catering Company,” which stands “with our brothers and sisters in Palestine, especially in Gaza.”

Kenyataan McD Kuwait terpaksa dibuat dalam gelombang umat Islam seluruh dunia bangkit memboikot produk atau syarikat berkaitan Amerika Syarikat (sekutu Israel) dan rejim haram Israel kerana bersolidariti dengan rakyat Palestin yang dibedal Israel.

Boikot ini adalah usaha yang paling kurang dapat dilakukan oleh umat Islam menandakan protes mereka dengan harapan ‘genocide’ ini segera dihentikan.

Kami tak sanggup melihat saudara-saudara kami dibunuh dan dicederakan, musnah harta dan kediaman. Zalim dan tiada harga kemanusiaan langsung.

Seluruh dunia bangkit boikot termasuklah di Malaysia.

Bagi saya yang menarik pada kenyataan McD Kuwait itu adalah apabila mereka berani menyebut:

Kami berdiri teguh bersama saudara-saudara kami di Palestin terutama di Gaza.

Mengapa syarikat-syarikat yang diboikot di Malaysia tidak boleh keluarkan kenyataan yang sama untuk menjernihkan keadaan?

Contoh:

Kami bersama rakyat Malaysia mengutuk tindakan zalim Israel terhadap rakyat Palestin khasnya di Gaza.

Susah sangat mahu keluar kenyataan begitu? Tak cukup sekadar menyatakan kami menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Palestin. Terus tegas dan kutuk dahulu barulah bebas dan tidak dikongkong.

Selagi tidak saya dan saya percaya ramai lagi akan terus boikot. 

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 3/1/2024