• Fri. Oct 11th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia menang tanpa bertanding

Oct 19, 2023
Spread the love

SHAH ALAM: Ustazah Nuridah Mohd Salleh mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) bagi sesi 2023-2025 selepas menang tanpa bertanding.Advertisement

Keputusan rasmi itu diumumkan pagi tadi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Dato’ Halim Tamuri dalam Muktamar DMPM ke-63, IDCC, Shah Alam.

Turut menang tanpa bertanding adalah Dr Rosni Adam untuk jawatan timbalan ketua dewan Muslimat dan Ustazah Salamiah Mohd Nor sebagai naib ketua.

“Sebanyak 120 pencalonan dari kawasan-kawasan telah diterima, beberapa maklum balas dan juga cadangan-cadangan yang telah dikemukakan jawatankuasa.

“Keputusan pertama ialah jawatan pengerusi tetap menang tanpa bertanding iaitu Husna Saidon kekal sebagai pengerusi tetap dan Nor Zarina Mohd Azhar sebagai timbalan pengerusi tetap,” katanya.

Menurutnya bagi ahli jawatankuasa kerja Muslimat PAS seramai 12 orang menang tanpa bertanding setelah terpilih daripada 21 orang yang layak bertanding.

Mereka adalah Ustazah Asmak Hussin, Mardhiah Hayati Salleh, Datuk Mumtaz Md Nawi, Dr. Najihatussalehah Ahmad, Noraini Hussin, Norhafiza Fadzil, Reen Mohd Amin, Dato’ Siti Ashah Ghazali, Dr Uyun Malek, Dr Wahibah Tahir, Dr Wan Hasrina Wan Hassan dan Zuraida Md Noor.

Manakala pemeriksa kira-kira, Basmatul’uyun Yusof dan Normilan Mamat turut menang tanpa bertanding. – HARAKAHDAILY 19/10/2023