Ketika membahaskan Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 2023 ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari, mendedahkan bahawa sejak dipilih rakyat dalam PRU Parlimen hinggalah ke hari ini kerajaan PM10 tidak beri sesen pun peruntukkan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang.
Menurut beliau MP pembangkang terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membayar gaji pekerja di Parlimen masing-masing. Bayangkan bagaimana mereka membantu rakyat?
Ini bukan kerajaan Madani tetapi kerajaan zalim yang cuba menghukum rakyat kerana mengundi pembangkang.
Rakyat Malaysia mengangkat dan memenangkan 74 wakil mereka dari Perikatan Nasional. Itu hak mereka dan ia perlu diiktiraf dan dihormati.
Kerajaan patut menghormati pilihan rakyat dan tidak mendera MP-MP pilihan rakyat dengan menyekat peruntukkan sebegini.
MP PH-BN yang juga dipilih rakyat mewah dengan jutaan.peruntukkan dari wang rakyat tetapi MP PN diabaikan dan rakyat yang menderita.