• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Kerajaan Perpaduan vs Kerajaan Campuran

Dec 4, 2022
Spread the love

Henti guna istilah kerajaan perpaduan.

Kerana hakikatnya kerajaan yang dibentuk hari ini bukanlah sebuah kerajaan perpaduan mengikut tafsiran sebenarnya.

Pendirian PN untuk tidak menyertai Kerajaan Persekutuan hari ini dan keputusan lebih awal daripada UMNO untuk menyertai “kerajaan perpaduan tanpa PN”sudah cukup menjelaskan tiada kerajaan perpaduan berjaya dibentuk.

Kerajaan Perpaduan (Unity Government)

  1. Pemerintahan daripada gabungan yang luas antara semua parti politik.
  2. Kerajaan tanpa blok pembangkang.
  3. Kebiasaanya dibentuk ketika waktu berperang, bencana besar, darurat atau krisis besar.
  4. Tempoh hayat yang singkat berdasarkan pengalaman negara-negara lain seperti Itali, Myanmar, Palestin dan lain-lain.

Kerajaan Campuran (Grand Coalition)

  1. Gabungan beberapa parti yang tidak mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan.
  2. Mempunyai pembangkang daripada parti yang tidak menyertai kerajaan.
  3. Pernah dibentuk di Malaysia selepas Darurat 13 Mei antara Perikatan dan PAS.
  4. Kerajaan TS Muhyiddin Yassin dan DS Ismail Sabri antara PAS, BERSATU dan BN.

Faktanya, istilah yang lebih tepat untuk kerajaan pasca PRU-15 hari ini ialah kerajaan campuran.

Masalahnya, masih ada yang mengguna pakai terma “kerajaan perpaduan tanpa Perikatan Nasional”.

Mandat besar kepada PN dalam PRU dengan pertembungan lebih daripada 2 penjuru bukti rakyat percaya kemampuan PN mentadbir negara.

Maka PN berperanan menjadi pembangkang yang kuat sebagai pihak yang akan membuat semak dan imbang secara kolektif dan efektif kepada kerajaan.