• Tue. Nov 12th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Kerajaan PH+BN tak peduli nasib para peneroka FELDA

Feb 24, 2023
Spread the love

Nasib lebih 112,600 peneroka Felda di seluruh negara yang terbela di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN), kini kembali gelap di era kerajaan PH-BN.

Hidup mereka dibebani semula baki hutang lapuk selepas Malaysia Madani enggan meneruskan agenda kebajikan bagi membantu peneroka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, dilapor berkata penghapusan hutang peneroka Felda memberi impak besar terhadap aliran tunai entiti itu.

Oleh itu katanya, kutipan balik baki hutang atau pinjaman yang dikeluarkan sehingga sekarang perlu terus dilakukan sebagai sumber pendapatan Felda.

Mengulas perkembangan itu Ahli Parlimen Kuala Krau Kamal Ashaari berkata, keputusan kerajaan tidak meneruskan usaha menghapus keseluruhan hutang lapuk peneroka begitu mengejutkan.

Katanya, berdasar jawapan yang diberikan di Dewan Rakyat Felda tidak berhasrat melaksanakan lagi penghapusan hutang secara berterusan selepas membuat penghapusan hutang peneroka RM8.3 bilion pada tahun 2021.

“Bukan membatalkan penghapusan hutang RM8.3 billion yang telah pun Felda laksanakan melalui projek Wajar. Sebanyak 80 peratus daripada RM8.3 bilion telah dilaksanakan.

“Jadi saya desak kerajaan menghapuskan baki 20 peratus hutang lapuk tersebut,” katanya ketika dihubungi di Parlimen.

Media hari ini melaporkan kerajaan sekarang tidak meneruskan lagi pelaksanaan penghapusan hutang peneroka yang berjumlah RM8 bilion.

Sedangkan usaha itu diperkenalkan kerajaan PN di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2021.

Bekas Ketua Pegawai Sulit Perdana Menteri ke-8 Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, selepas datang kerajaan Malaysia Madani, tiba-tiba peneroka kena membayar semula hutang.

“Kalau hutang itu sudah dilupus, tak payahlah dihentikan. Ini bukan isu politik. Ini isu rakyat. Bagaimana rakyat nak percaya kepada kerajaan kalau keputusan yang beri manfaat kepada rakyat mahu diubah.

“Bagi orang Islam hutang penting, apabila meninggal dunia, waris biasanya bertanya sesiapa yang berhutang dengan si mati boleh membuat tuntut hutang dengan waris,” katanya pada kenyataan di media sosialnya.

Kata beliau juga Muhyiddin pernah memberitahu beliau membuat keputusan untuk hapuskan hutang peneroka Felda merupakan satu keputusan yang besar memandangkan sebahagian peneroka telah meninggal dunia.

Mohon seluruh warga Felda malahan seluruh rakyat yang prihatin dan bersimpati dengan peneroka Felda bangkit dan ajar PH+BN pada PRN 6 Negeri akan datang!

Ayuh kita bangkit! Undilah Perikatan Nasional.

TENKIU