Berdasarkan peristiwa di dalam hadith tersebut, jelas menunjukkan pengorbanan seorang ibu dalam mendahului orang lain daripada keperluan dirinya sendiri. Hanya makan sedikit sahaja kurma tersebut dan lebih rela mengutamakan keperluan anak anaknya berbanding dirinya sendiri.
Anak merupakan anugerah Allah SWT yang tak ternilai harganya, bukan semua pasangan suami isteri itu memiliki anak. Masih ramai yang sangat menginginkan zuriat, cahaya mata dalam keluarga, tetapi tidak direzekikan oleh Allah SWT sedemikian.
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik dan memelihara anak-anak terutamanya anak-anak perempuan kerana padanya terdapat fadilat yang besar yang boleh
mengangkat darjat ibu bapa di sisi Allah SWT.