• Wed. Sep 11th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Kerusi Presiden, Timbalan PAS dipertandingkan, tak macam UMNO

Jan 11, 2023
Spread the love

Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-69 di Kelantan tahun ini bakal menyaksikan dua jawatan tertinggi parti itu – presiden dan timbalan presiden dipertandingkan – tidak seperti UMNO.

Perkara itu dimaklumkan Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad menerusi catatan Facebooknya, semalam.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bakal berdepan pencabar sekiranya ada bersedia bertanding.

Idris yang juga Ahli Parlimen (Perikatan Nasional) Bagan Serai, berkata tidak ada sekatan kepada mereka yang ingin menawarkan diri bertanding.

“Tahun ini Muktamar PAS ada pemilihan, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden boleh ditandingi. Tidak ada sekatan,” katanya.

Tahun lalu, Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-68 bertema ‘Malaysia Sejahtera’ diadakan di Alor Setar, Kedah.

Sebanyak 13 usul diluluskan pada muktamar itu termasuk penyatuan parti politik dan pertubuhan Melayu-Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Keputusan supaya jawatan tertinggi dalam PAS dipertandingkan melambangkan amalan demokrasi.

Sebaliknya, jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO dijangka tidak akan dipertandingkan dalam pemilihan tahun ini.