• Sun. Jan 26th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Kes Covid-19 21,315 untuk hari ini

Feb 14, 2022
Spread the love

Jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan pada hari ini iaitu sebanyak 21,315 kes berbanding semalam iaitu 21,072, menjadikan kumulatif kes Covid-19 negara sebanyak 3,061,550 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 87 kes atau 0.41 peratus pesakit berada dalam kategori 3, 4 dan 5 manakala 21,228 kes lagi melibatkan pesakit dalam kategori 1 dan 2.

Pesakit dalam kategori 2 menunjukkan peratusan terbesar iaitu sebanyak 15,028 kes atau 70.50 peratus manakala kategori 1 melibatkan 6,200 kes atau 29.09 peratus.

Kategori 3 pula melibatkan 48 kes atau 0.23 peratus, kategori 4 sebanyak 23 kes (0.11 peratus) dan jumlah paling sedikit adalah dalam kategori 5 iaitu 16 kes atau 0.05 peratus.

Kategori 1 merupakan pesakit Covid-19 tanpa gejala manakala kategori 2 ialah pesakit dengan gejala ringan dan sederhana yang tidak melibatkan jangkitan pada paru-paru.

Kategori 3 pula merupakan pesakit Covid-19 yang mengalami radang paru-paru, kategori 4 mengalami radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen manakala kategori 5 pula bergejala kritikal yang memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU). – RELEVAN