• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Kes naik 11,034, KKM buat pengumuman penting petang ini

Feb 7, 2022 ,
Spread the love

‘Tolonglah jangan ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi’. Itu antara diluahkan rata-rata rakyat ketika memberikan reaksi berhubung pengumuman khas bakal dilakukan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada pukul 5 petang ini.

Pada masa sama, ramai rakyat turut tertanya-tanya mengenai perkara bakal diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) memandangkan negara sedang menyaksikan gelombang baharu kes Covid-19.

Terdahulu, Khairy memuat naik satu poster menerusi akaun rasmi Twitter miliknya dengan menyatakan satu sidang akhbar penting akan dijalankan pada pukul 5 petang nanti.

Difahamkan, sidang akhbar khas itu turut akan menyentuh mengenai perkembangan terbaharu jangkitan Covid-19 termasuklah status varian Omicron yang dilihat mula menyerang banyak negara antarabangsa termasuk Malaysia.

Semalam, KKM menjangkakan kes jangkitan Covid-19 boleh mencecah sehingga 22,000 sehari menjelang akhir Mac ini.

Jangkaan itu dibuat sekiranya kadar kebolehjangkitan (Rt) 1.2 yang dicatatkan kelmarin terus kekal sehingga akhir Mac tahun ini.