• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Kes Najib: PAS bukan parti balas dendam – Geng Ustaz

Aug 24, 2022 ,
Spread the love

PAS sebuah parti Islam. Islam mengajar kita berakhlak baik dalam apa jua keadaan dan situasi. Atas dasar itulah PAS mengatur tapak politiknya dengan sangat cermat, agar tidak melampaui batas2 Allah. PAS berpencak dlm gelanggang politik berpegang kepada prinsip akhlak.

PAS tidak menyerang peribadi pimpinan parti lawan. PAS hanya menentang perinsip dan dasar yg dibawa oleh parti lawan. Bila sampai saat memerlukan sebuah perdamaian, PAS akan melupai segala persengketaan. Bila pimpinan parti lawan ditimpa musibah, PAS hulurkan simpati dan doa kebaikan.

Dulu DSAI ditimpa musibah dlm UMNO. Beliau ditendang penuh hina oleh parti sendiri. PAS tidak mengambil peluang itu untuk bergelak ketawa dan balas dendam, walaupun serangan Anwar terhadap PAS saat beliau berkuasa agak tajam.

Bahkan PAS menghulurkan simpati. Simpati PAS bukan menghalalkan kesalahan yg beliau lakukan jika ada, tetapi Islam mengajar kita tidak menginjak musuh saat mereka sudah kalah.

Bahkan Allah mengajar Nabi saat Fathul Makkah agar membanyakkan bertasbih dan bertahmid. Jauh sekali bersikap sombong.

Begitu juga dengan kes DSN. Keputusan Mahkamah sudah selesai. Kita menghormati badan kehakiman. Hak hak yg sewajarnya telah diberikan kpd DSN.

Namun kita dilarang mentertawakan musibah yg menimpa siapa pun. Bahkan kita doakan DSN tabah, bersabar dan mengambil iktibar sebaiknya demi meluruskan perjalanan akan datang.

Ingatlah…kita yg ketawa hari ini belum tentu tidak menangis esoknya. Begitu juga orang yang menangis hari ini tidak akan selamanya menangis. Semua kita sedang meniti diatas qadha dan takdir Allah. Pohonlah perlindungan kpdNya.

Ustaz Mokhtar Senik
Timbalan Presiden 1
Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama’ (Geng Ustaz)