Menutup tirai 2020 sekali lagi kes baharu positif Covid-19 merekodkan angka tertinggi dengan 2,525 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 113,010.
“Kes aktif dengan kadar kebolehjangkitan adalah 23,598 kes,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.