• Wed. Jun 7th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ketegasan MAIS pertahan isu kalimah Allah wajar dipuji – Pemuda PAS Selangor

May 18, 2023
Spread the love

KETEGASAN MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH WAJAR DIPUJI

  1. Ekoran keputusan Kementerian Dalam Negeri kerajaan campuran BN-PH yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan notis penarikan semula rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan dalam kes melibatkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian telah menyebabkan umat Islam di negara ini tersinggung dan berasa tercabar apabila isu ini dipolemikkan.
  2. Pengumuman penarikan semula rayuan penggunaan kalimah Allah di Mahkamah Rayuan tersebut sekaligus menggambarkan sikap derhaka dan tidak menghormati Titah DYMM Sultan Selangor bertarikh 23 Mac 2021 yang melarang penggunaan kalimah Allah di Negeri Selangor.
  3. Melihat kepada perkembangan semasa dalam konteks negeri Selangor, Majlis Agama Islam (MAIS) telah mengeluarkan kenyataan bahawa MAIS berpegang teguh dan menjunjung Titah DYMM yang malarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bertarikh 17 Mei 2023.
  4. Pemuda PAS Selangor ingin menzahirkan sokongan dan kebersamaan dengan MAIS dalam isu-isu yang melibatkan kesucian agama Islam khususnya di negeri Selangor. Ketegasan yang telah dizahirkan oleh MAIS telah menunjukkan bahawa Institusi Agama Islam di setiap negeri perlu bertindak dan menyatakan keberanian dalam mempertahankan kesucian agama Islam.
  5. Pemuda PAS Selangor menyeru agar rakyat negeri Selangor bersatu padu dalam mempertahankan kesucian agama Islam daripada diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam di luar sana.

MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor