• Mon. Apr 28th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ketua Gerakan Anti Vaksin Israel meninggal dunia akibat Covid-19

Sep 14, 2021 ,
Spread the love

Ketua gerakan anti-vaksin dan anti topeng muka Israel, Hai Shaulian meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Shaulian yang merupakan penganjur beberapa siri perhimpunan membantah vaksin, pasport vaksin dan juga pemakaian pelitup muka difahamkan meninggal dunia di Wolfson Medical Center di Holon, Israel pada awal pagi isnin.

Dia sepanjang berada di hospital sempat berkongsi beberapa perkongsian kepada para pengikutnya di akaun media sosial tentang keadaannya yang kritikal dan memerlukan mesin oksigen.

Malah dia juga sempat memuat naik video di akaun media sosialnya.

“Saya sedang menggunakan mesin oksigen dan tanpanya saya akan sesak nafas. Jika saya mencabutnya dan berjalan sejauh 3 meter saya akan pengsan.

“Saya juga mengalami batuk begitu teruk dan terasa seperti tercekik,” katanya didalam video tersebut

Dia dalam masa sama turut berkongsi layanan buruk yang diterimanya sewaktu ditahan pihak polis dimana dia mendakwa ada di kalangan anggota polis tersebut yang telah meletakkan kaki mereka di lehernya.

Malah dia turut mendakwa ada cubaan meracuninya oleh polis Jerusalem.

“Saya tak pernah rasa sebegini sepanjang hidup saya. Hampir seminggu saya bergelut seolah tiada apa-apa tapi hari ini saya sudah tidak boleh bernafas. Saya kemudian ke HMO sebelum dihantar ke hospital. Sekiranya sesuatu berlaku kepada saya, ketahuilah bahawa ia adalah cubaan pembunuhan,” dakwanya lagi.

Shaulian sebelum mendakwa pandemik sebenarnya tidak wujud dan tidak perlu mengambil vaksin kerana ianya berbahaya.

Dia kemudiannya ditahan selepas menganjurkan demonstrasi ‘anti-Green Pass’ di Baitulmaqdis sekitar dua minggu lalu sebelum dihadapkan ke mahkamah pada keesokan harinya.

Namun sewaktu dalam tahanan dia sudah berasa tidak sihat sebelum dibawa ke hospital dan akhirnya disahkan positif Covid-19.