• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ketua Muslimat PAS buat laporan polis terhadap ‘Sugarbook’

Spread the love

Selaras dengan aktiviti mempromosikan persundalan ini, saya berpendapat bahawa selain wajib disiasat dan dihukum di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia sekali gus menyekat laman webnya daripada beroperasi di Malaysia,
.
Darren Chan dan syarikat Sugarbook juga wajib disiasat dan dihukum di bawah Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan yang berbunyi:
.
“Barang siapa dengan cara mana-mana pengiklanan atau notis lain yang diterbitkan dengan apa cara atau dipamerkan di mana-mana tempat bagi khidmat persundalan atau bagi khidmat di mana seseorang yang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan, menawarkan mana-mana orang bagi maksud persundalan atau mencari maklumat bagi maksud tersebut atau menerima iklan-iklan atau notis-notis sedemikian bagi penerbitan atau pameran; hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai lima belas tahun dan dengan sebatan, dan hendaklah juga dikenakan denda.”
.
Oleh itu, saya minta pihak polis membuat siasatan terperinci ke atas Darren Chan dan syarikat Sugarbooknya bagi memastikan aktiviti mempromosikan persundalan ini tidak terus berleluasa di Malaysia.