• Mon. Sep 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Kilang Bateri bernilai RM1.88 billion bakal dibina di Kedah

May 15, 2023
Spread the love

KUALA LUMPUR – EVE Energy Malaysia Sdn Bhd (EVE) dan Pemaju Kelang Lama Sdn Bhd memeterai Perjanjian Persafahaman (MoU) bagi menubuhkan kilang pembuatan termaju EVE membabitkan pelaburan AS$422.3 juta (RM1.88 bilion).

Syarikat EVE ini akan membangunkan kilang di atas tanah dengan keluasan 60 ekar di Kulim, Kedah yang juga dijangka menerajui pembangunan Taman Perindustrian Bateri Silinder Antarabangsa, di negara ini.

Menurut Exco Industri dan Pelaburan, YB Dato’ Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, bateri yang akan dikeluarkan adalah untuk pembuatan kenderaan roda dua elektrik dan peralatan kuasa seperti motosikal elektrik, basikal elektrik dan lain-lain lagi.

“Kilang akan dibina dalam masa yang terdekat dan akan dijangka siap pada awal tahun 2025. Projek ini juga berpotensi untuk mewujudkan 600 peluang pekerjaan baharu seterusnya menyumbangkan kepada ekonomi tempatan dan sektor pekerjaan,” ujarnya dalam satu kenyataan selepas majlis menandatangani perjanjian antara Syarikat EVE Sdn Bhd dan Pemaju Kelang Sdn Bhd di Hotel Pavilion, pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Arham Abdul Rahman.