SHAH ALAM, 25 JANUARY 2022 – Tanpa peluang bersekolah, tanpa sokongan moral dan dibiarkan menjadi peminta makanan, krisis ini memusnahkan emosi seorang kanak-kanak seperti Qayyum.
“Qayyum nak sekolah? Qayyum nak belajar kat Tahfiz ke? Anak itu terus mengganguk tanpa ragu-ragu. Tersentak dan terharu kami melihat nasib anak-anak Rakan Jalanan yang hidup dalam kedaifan tanpa mendapat apa-apa pendidikan asas di sekolah.
Qayyum antara beberapa orang anak-anak yang hadir dalam program mengaji yang dianjurkan oleh Rumah KASEH baru-baru ini di Stesyen Bas Port Klang.
Mereka menunjukkan kesungguhan untuk belajar mengenai huruf untuk mengaji dan yang amat memeranjatkan kami, mereka mempunyai keupayaan minda yang kuat dan baik untuk mengingati patah-patah tulisan jawi yang kami ajar.
Qayyum hadir malam itu bersama ibu dan 2 lagi adik-adiknya.
Menurut ibunya, Qayyum pernah dihantar di sekolah Tahfiz sebelum Ini tetapi diambil pulang gara-gara dibuli oleh rakan-rakan yang sama belajar di situ.
Dia mengalami kecederaan namun semangat untuk Qayyum mendapat tempat untuk belajar semula tidak pernah patah.
Malam itu Pengerusi NGO i-Care telah membawa Qayyum pergi sehelai sepinggang untuk didaftarkan secara percuma ke Tahfiz Aqsa
Akademik AlQuran Sabil ArRahimah Puncak Alam.
Gembira tak terkata Qayyum dapat ikut dengan restu ibunya sendiri. Kami rasa terharu atas pengorbanan Pengerusi I-Care yang sudi mengambil Qayyum untuk menimba ilmu secara percuma di Tahfiz miliknya.
Rupanya Qayyum bukan yang pertama anak Rakan Jalanan atau asnaf yang diambil tetapi sudah beberapa orang anak-anak sudah dibawa untuk belajar di situ.
Terima kasih tidak terhingga buat Pengerusi Rumah KASEH Encik Izam yang tidak pernah putus menyantuni Rakan Jalanan di sekitar Klang dan Pelabuhan Klang.
“Walau sekejap terasa rapat dan seperti keluarga. Qayyum jaga diri ya. Acik doa adik jadi anak soleh berjaya cemerlang. Nanti kita jumpa lagi,” Dengan hati sayu saya pulang dengan pelbagai rasa di hati.
Ada ketika, kita merasakan kehidupan yang kita lalui amat susah, namun, jika direnung kehidupan orang lain dan buka mata melihat luasnya dunia, sebetulnya, ramai orang yang hidup mereka lebih sulit berbanding kita.
Untuk mereka yang ingin membantu NGO ini, sila menyumbang seperti matlumat di e-poster ini.