• Tue. Sep 26th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Kisah Zahid tipu Agong tular sehingga ke luar negara

Nov 24, 2022
Spread the love

Berita mengenai cubaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menipu Yang di-Pertuan Agong, berhubung sokongan Ahli Parlimen (MP) BN kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendapat tempat dalam media utama Singapura, termasuk media sosial.

Di dalam media sosial negara itu juga sesetengah rakyat Singapura mengingatkan kerajaan mereka supaya berhati-hati dengan pemimpin BN.

Menurut mereka, jika benar Zahid cuba menipu Raja (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah), maka pemimpin Singapura perlu berhati-hati dengannya.

“Jika Raja pemerintah pun cuba ditipu, inikan pula orang biasa sama ada rakyat Malaysia atau Singapura… berwaspada selalu,” kata James dalam media sosial.

Laporan mengenai cubaan Zahid menipu Yang di-Pertuan Agong itu juga turut disiarkan dalam The Straits Times (ST), akhbar berbahasa Inggeris Singapura.

Menurut laporan ST kepimpinan tertinggi BN telah bersetuju pada Selasa bahawa parti itu membuat keputusan tidak memihak sama ada kepada PH atau Perikatan Nasional (PN) dalam mendapatkan sokongan Ahli Parlimen bagi melantik Perdana Menteri.

ST dalam edisi antarabangsanya juga memetik kenyataan bekas menteri Kabinet, Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa Zahid melakukan kesalahan berat dengan menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong dengan mendakwa semua 30 MP BN menyokong PH.

“Jika surat kepada Yang di-Pertuan Agong merupakan satu percubaan menipu ianya satu kesalahan yang amat berat yang sekali lagi dibuat oleh orang yang sama seperti dilakukan pada Oktober 2020 (kononnya semua MP BN ketika itu menyokong Anwar menjadi PM menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin – satu pembohongan),” petik ST.

Akhbar Singapura itu juga memetik Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon sebagai memberitahu bahawa dakwaan 30 MP BN memberi sokongan kepada Anwar, bukan keputusan Dewan Tertinggi BN.

ST juga melaporkan bagaimana Zahid berdepan beberapa gesaan untuk meletakkan jawatan, berikutan prestasi terburuk BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, Sabtu lalu (19 November 2022).

BN hanya memenangi 30 kerusi, berbanding 54 kerusi yang diperolehnya pada 2018 apabila gabungan yang diketuai oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak disingkirkan daripada kuasa buat kali pertama.