• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Kiswah Kaabah diganti malam ini

Jul 29, 2022 ,
Spread the love

MAKKAH, 29 JULAI 2022 – Kain hitam bersulam benang emas dikenali sebagai Kiswah yang menutupi Kaabah di Kota Suci Mekah, Arab Saudi dijadual diganti pada hari ini (Jumaat), selepas solat Isyak waktu tempatan sebagai simbolik kepada pembuka tirai Tahun Baru Islam 1444 Hijrah pada Sabtu.

Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menerusi perkongsian di Twitter menyatakan kerja-kerja penggantian Kiswah akan dikendalikan oleh 166 kakitangan jabatan, sesuai dengan tradisi tahunan.

Agensi Berita Saudi (SPA) sebelum ini melaporkan Kiswah Kaabah akan diganti pada Sabtu (30 Julai), memetik kenyataan jabatan berkenaan pada 26 Julai.

Bagaimanapun, jabatan hari ini memaklumkan tiada anak bulan Muharram dicerap pada petang Khamis dan kiraan bulan Zulhijjah digenapkan 30 hari (30 Jun – 29 Julai) hari ini (Jumaat), sekali gus menjadikan 1 Muharram (Awal Muharram) ditetapkan pada Sabtu sebagai permulaan kalendar Islam di Arab Saudi.

Arab News dalam laporannya memetik Ketua Pengarah jabatan berkenaan, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais sebagai berkata, sebanyak 200 pekerja mahir terbabit dalam pembuatan Kiswah itu di Kompleks Raja Abdul Aziz.