Rancangan Kementerian Kesihatan Malaysia memberi (Pre-Exposure Prophylaxis) PReP untuk mencegah jangkitan HIV telah menimbulkan kegelisahan bukan sahaja pada pengamal perubatan, malah seluruh masyarakat awam.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam MAlaysia, USIM, Dr Ahmad Sanusi Azmi, berkata ini kerana bekalan ubatan pencegahan HIV ini akan merangkumi pemberiannya kepada pasangan homoseksual bagi mencegah jangkitan HIV sesama mereka.
Semalam Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, berkata, beliau akan menjalankan projek rintis penggunaan PrEP di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.