PENDUDUK beberapa negeri di Semenanjung merasai gegaran susulan gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada awal pagi tadi.
Gemma bumi pada jam 3:28 pagi itu berlaku pada koordinat 2.2 darjah Utara dan 98.8 darjah Timur dengan kedalaman 29 kilometer.
Ia berlaku pada jarak 286 kilometer Barat Daya dari Sabak Bernam.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran mungkin dirasai di Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.
MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Sementara itu semakan di Twitter mendaoati netizen mengakui berlaku gegaran selama kira-kira dua saat susulan Gemma bumi tersebut.
“Bergegar katil dan sliding door sampai terbangun tidur, maybe around 2 saat gegar. First time aku rasa gempa bumi. Allahuakbar,” ciap Asyraf Rashid di Twitter.
“Kalau kat KL ni bergegar teruk, kat Indonesia tu macam mana la kan? Semoga semuanya baik-baik,” ciap Pilophobia pula.