• Fri. Jun 2nd, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Konsert cetus kelaku luar tatasusila tidak dibenarkan kata MB Kedah

Oct 4, 2022
Spread the love

PENGANJURAN Muda Mudi Weekend Fest yang melibatkan konsert hiburan yang mencetuskan kelakuan di luar tatasusila tidak akan dibenarkan di seluruh Kedah. 

Kejadian muda-mudi terkinja-kinja tanpa arah gara-gara konsert hiburan di Balai Seni Alor Setar kelmarin menjadi penanda aras bahawa sebarang aktiviti yang boleh meransang pelanggaran norma masyarakat tempatan tidak boleh diberikan ruang untuk membiak.

Penganjuran acara yang menyihatkan tubuh badan seperti fun run, fun ride, treasure hunt, pertandingan memancing, dan lain-lain pertandingan yang selari dengan undang-undang, garis panduan program terbuka dan sesuai dengan tatasusila masyarakat tempatan adalah digalakkan.

Semua Pegawai Daerah yang mempengerusikan jawatankuasa berkaitan perlesenan hiburan telah dimaklumkan mengenai hal ini dan arahan ini berkuatkuasa serta-merta.

YAB DATO’ SERI MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Menteri Besar Kedah – HARAKAHDAILY