• Mon. Sep 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Konsert maksiat perlu dibantah – Ustaz Dusuki

May 22, 2023
Spread the love

Tidak semua konsert perlu dibantah, bahkan ada konsert dianjurkan untuk dilaksanakan, kata Penceramah Bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Ini kerana katanya, syariat tidak menghalang umatnya berhibur dengan cara yang digagaskan oleh aturan agama.

Apa aturan agama yang dibenarkan untuk membeli dan menganjurkan konsert?Antaranya, batas pergaulan tidak bercampur antara lelaki dan perempuan, lirik lagunya tidak maksiat kepada Allah, penyanyinya mestilah menutup aurat dan menjaga batasan, konsert tidak membawa mesej melawan hukum dan peraturan Allah seperti mempromosikan produk puak puak ‘softlan’

“Kesan dari konsert maksiat ini besar, ia menghilangkan rahmat dan kerberkatan dari Allah, menjadikan permusuhan sesama manusia, mendatangkan bala dan azab dari Allah seperti berlakunya tsunami besar di Pulau Pinang, Kedah dan di Acheh Indonesia.

“Yang terbaru di bumi Palu, Balaroa dan Petibo berhampiran Makassar, Indonesia yang ditenggelam dalam muka bumi dan dihancur dan dikisar dalam bumi oleh Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Tambahnya, ada pun konsert yang dialunkan oleh mereka yang mentaati perintah Allah tidak pernah diajar supaya dibantah seperti konsert dijayakan artis antarabangsa seperti Maher Zain, Kumpulan Opick, kumpulan Nisa’ Sibyan dan ramai lagi artis tempatan.

“Sewaktu kematian kita nanti, semua amalan ini akan dipertonton kembali saat kita sendirian dalam kubur. Bagi mereka yang melakukan amalan soleh, dengan konsert yang mereka benarkan, mereka anjurkan, mereka yang beli tiket dan hadir di konsert itu akan tersenyum indah mengadap di hadapan Allah dengan amalan soleh ini.

“Sebaliknya bagi mereka yang terus memekakkan teliga dari teguran para alim ulama’, membenarkan konsert maksiat ini, membeli setiap sen dari duit tiket itu, yang memberi sokongan kepada konsert maksiat ini, akan berhadapan suasana menakutkan.

“Di dunia ini, bahkan saat kematiannya, saat ia mula bersendirian di alam barzakh sana, bahkan di akhirat nanti, akan melalui saat saat menakutkan dan mengerikan dengan azab Allah,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Ahmad Dusuki menggesa umat Islam agar bertaqwa kepada Allah dan mengambil tegurannya itu untuk kebaikan bersama.