Menerusi hadith ini, Nabi SAW menyenaraikan beberapa kriteria ahli syurga dalam kalangan orang perempuan. Mereka yang memiliki kriteria ini, pasti akan mendapatkan syurga Allah SWT.
Kriteria tersebut ialah:
i. Wanita yang menjaga solatnya
ii. Wanita yang berpuasa saat diwajibkan baginya berpuasa.
iii. Wanita yang menjaga kehormatan dan kesucian dirinya, iaitu melaksanakan segala perintah yang disuruh serta tidak melanggar apa-apa larangan yang telah dilarang oleh agama.
iv. Wanita yang taat pada suaminya, menuruti segala perintah suaminya selagi tidak melanggar batasan syariat.
Seorang wanita yang mempunyai keempat-empat kriteria sebegini adalah tergolong dalam kalangan mereka yang yang mendapat syurga Allah SWT.
Jelaslah bahawa bagi kaum wanita adalah tidak sukar untuk mendapatkan syurga Allah SWT. Hanya berusaha menjaga empat syarat ini, insya-Allah akan dikurniakan ganjaran syurga oleh Allah SWT.