SHAH ALAM, 25 APRIL 2022 – Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dilaporkan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang melanda ibu negara petang ini dan terdapat jalan-jalan yang dinaiki air.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui perkongsian di laman Facebook rasminya, memaklumkan terdapat 10 kawasan yang dinaiki air setakat jam 4.30 petang tadi.
“Kawasan-kawasan tersebut adalah Jalan Kuching; Jalan Tunku Abdul Halim; Jalan Sematan; Pintasan Segambut; Jalan Segambut; Jalan Kinabalu (Bulatan Mereka); Jalan Changkat Thambi Dollah; Lebuhraya Sultan Iskandar; Jalan Travers; dan Bulatan Dato Onn.
DBKL turut berkongsi gambar keadaan semasa di beberapa kawasan yang terjejas berkenaan