LEGENDA bola sepak dunia, Pele yang dianggap sebagai pemain terhebat sepanjang zaman dan pemenang tiga Piala Dunia meninggal dunia di Hospital Albert Einstein, Sao Paulo, Brazil hari ini pada usia 82 tahun.
Pele atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento, dirawat secara rapi di hospital berkenaan susulan penyakit kanser dihidapinya dan difahamkan meninggal dunia akibat kegagalan organ akibat kansernya.
“Semua yang boleh kami ungkapkan kepada anda adalah terima kasih. Kasih kami kepada anda tidak terhingga. Berehatlah dengan tenang,” katanya.
Setakat ini Pele adalah satu-satunya pemain yang merangkul tiga gelaran Piala Dunia, iaitu pada 1958, 1962, dan 1970.