- Saya membaca dengan tekun tulisan Dr Agus, Ketua Pengarah J-KOM yang baharu. Kesungguhan beliau memimpin J-KOM amat saya kagumi.
- Dr Agus memuji dan mengangkat Syam Ghaz dan Siti Aishah, bahkan Dr telah melantik Syam Ghaz sebagai Timbalan Dr.
- Manakala Dr juga memberi gambaran akan melantik Siti Aishah pada masa hadapan jika ada keperluan.
- Bagi saya, dua nama yang disebut oleh Dr ini tidak akan mampu membantu Dr untuk mempromosikan Malaysia Madani, bahkan akan menggagalkan kempen ini. Maaf Dr.
- Penyataan saya ini ada asasnya, contoh ketara Syam Ghaz tidak berjaya menggerakkan kempen-kempen PRU dengan baik sehingga beliau tewas di DUN Apam Putra (2018) dan Parlimen Kuala Krai (2022).
- Daripada 19,920 pengundi di Apam Putra, kempen PRU Syam Ghaz hanya mampu menawan hati 1,082 undi sahaja.
- Begitu juga di Parlimen Kuala Krai, daripada 92,335 pengundi. Kempen Timbalan yang Dr banggakan itu hanya mampu mengaut 4,148 undi sahaja.
- Lebih mengejutkan undi Syam Ghaz di Kuala Krai lebih rendah daripada undian yang diperoleh oleh pendahulunya daripada PH-Amanah sebanyak 5,173 dalam PRU14.
- Syam Ghaz kehilangan 1,025 undi, sedangkan jumlah pengundi di Kuala Krai meningkatkan 20 ribu daripada 70,348 (PRU-14) kepada 92,335 (PRU-15).
- Bagaimana Syam Ghaz nak kempen Malaysia Madani ke seluruh negara, sedangkan ‘track record’ beliau berkempen di kawasan sekecil DUN dan Parlimen ternyata gagal?
- Begitu juga dengan Siti Aishah, yang tewas dalam PRU13 di Tambun dan tewas di Bagan Serai dalam PRU15.
- Di Bagan Serai jumlah pengundi adalah 80,293 dan Siti Aishah hanya mendapat 13,195 undi sahaja.
- Jadi, bagaimana mereka yang sudah nyata kalah dalam kempen PRU yang lalu diangkat dan mahu diangkat membarisi jabatan yang kerja berkempen untuk Malaysia Madani?
- Akibatnya kedua mereka ini telah menempel persepsi imej yang tidak baik kepada Kerajaan Madani apabila Siti Aishah turut memuatnaik posting berkenaan tiga tiktokers wanita dari Benda Betul.
- Manakala Syam Ghaz pula menjadi barisan hadapan bermain naratif PAS ekstrem melalui perarakan ‘cosplay’ jubah dan pedang palsu Pemuda PAS Terengganu. Ini amat kelakar.
- Kedua isu ini, mewajahkan dan membina imej Kerajaan Madani sebagai sebuah kerajaan yang maha lawak dan badut di mata rakyat.
- Rakyat makin jauh dan sangsi dengan Malaysia Madani. Jika beginilah cara naratif kempen dan ‘game plan’ media sosial yang dimainkan oleh dua nama yang Dr nyatakan.
- Apakah Dr mahu kempen Malaysia Madani mengalami kegagalan sebagaimana gagalnya mereka berdua dalam merancang strategi kempen PRU?
Ahmad Fahmi Mokhtar
AJK Penerangan Pemuda PAS Terengganu