• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Laporan polis terhadap Rafizi jika tidak lapor SPRM – UMMAH

Nov 8, 2022
Spread the love

UMMAH DESAK KSU KASA JAWAB PENDEDAHAN RAFIZI DAN SPRM SILA SIASAT SEGERA BUKTI PADA RAFIZI MENGENAI PROJEK 2B KASA

Satu pendedahan telah dibuat oleh calun parlimen Pandan yang mendedahkan bahawa berlaku penyelewengan projek yang bernilai 2 billion dibawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang di ketuai oleh Menteri YB Ds Tuan Ibrahim Tuan Man seperti mana kenyataan di media dan Tiktok beliau.

Pendedahan ini telah disangkal dan dinafikan oleh Menteri berkenaan seperti dilapurkan.

https://fb.watch/gETdjj2OQn/

Sehubungan itu jika benar perkara ini telah berlaku Ummah mengajak Rafizi untuk membuat laporan segera ke SPRM dan Polis dengan mengemukakan bukti-bukti agar perkara ini disiasat dan seterusnya didakwa dan tindakan hukuman yang sewajarnya.

Sehubungan itu Ummah mendesak Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) KASA, segera tampil menjelaskan isu ini kepada rakyat dan juga Setiausaha Politik Menteri agar tampil menjelaskannya.

Jika sekira nya ini tidak benar, maka satu laporan polis akan dibuat oleh Ummah diseluruh negara kerana pendedahan ini satu cubaan fitnah politik murahan yang direka Rafizi dan hendaklah disiasat dibawah Akta Polis dan SKMM.

Menggunakan ‘fitnah politik’ sebagai strategi mengaibkan dan
menjatuhkan lawan politik lain adalah cara ‘politik haiwan yang ganas’.

Sewajarnya pertandingan parti politik mengamalkan budaya politik matang dan harmoni, dengan masing-masing membawa tawaran yang terbaik untuk rakyat.Sebalikya menggunakan fitnah sebagai strategi bagi menjatuhkan lawan adalah budaya politik amalan fahaman liberal dan komunis.

Meneliti cara kempen Rafizi
mutakhir ini, beliau dilihat sangat terdesak bagi mendapatkan sokongan dan keyakinan rakyat yang semakin suram kepada PH akibat ‘mimpi ngeri dan menakutkan 22 bulan PH memerentah’ yang didominasikan oleh DAP.

Mungkin beliau terpaksa menggunakan strategi hasut dan fitnah yang sensasi, agar mendapat perhatian rakyat sebagai penghasut yang dipergunakan oleh DAP. Sekarang hanya Rafizi menjadi benteng mempertahankan DAP yang boleh diharapkan berbanding pemimpin lain.

Ummah memberi masa dua hari kepada Rafizi untuk tampil membuat laporan SPRM dan Polis, jika tidak satu laporan Polis akan dibuat diseluruh negara oleh Ummah kepada beliau kerana telah berkempen menjaja fitnah sebagai kempen dan berharap PDRM dan SPR membuat siasatan segera.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

8 Nov 2022