SHAH ALAM, 14 APRIL 2022 – Seorang lelaki ditemui m4ti selepas terj4tuh dari tingkat enam bangunan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Seksyen 15 di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 56 tahun m4ut selepas pecah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang tidak bekerja itu tinggal di Kuala Lumpur dan datang ke lokasi tersebut disyaki bagi mencari tempat yang tinggi.
Katanya, mangsa dipercayai tel3rjun dengan memijak bonet hadapan keretanya untuk t3rjun dari tingkat enam bangunan IDCC tersebut.
“Ini menyebabkan mangsa pecah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Pihak forensik mengesahkan tiada sebarang pergelutan dan kecederaan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, m4yat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan boleh menyalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Muhammad Nor di talian 03-55202222.
“Kes diklasifikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE