• Fri. Dec 6th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Makanan dan minuman syurga – UAD

Oct 16, 2022
Spread the love

Sememangnya di dunia ini, ‘membuang air besar atau kecil’ merupakan satu perkara yang sangat penting dalam hidup. Jika tidak ‘membuang air besar atau kecil’, maka suatu masalah besar yang akan berlaku pada badan kita, malah boleh membawa kematian.

Namun, kita tidak boleh menyamakannya dengan keadaan di syurga. Apabila sudah masuk ke dalam syurga, segala zat yang masuk ke dalam tubuh kita akan berubah menjadi sendawa dan peluh yang mengeluarkan bau kasturi. Tiada lagi bau yang busuk dikeluarkan apabila berada di dalam syurga kelak.

Selain itu telah disebutkan tentang keadaan di dalam syurga ada lautan yang berisikan air, lautan khamr (arak), lautan susu, lautan madu. Sungai-sungai yang mengalir di syurga adalah berasal dari lautan-lautan ini. Di dalam syurga pula terdapat pelbagai macam mata air. Penduduk syurga meneguk minuman dari lautan-lautan, sungai-sungai dan mata air-mata air tersebut.

Dapatkan 40 Hadith Syurga Neraka di Matan Publication
https://linktr.ee/matanpublication

Shopee
https://shopee.com.my/matan.publication