• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Malam Apresiasi, Majlis Malam Pra sedekad Khidmat Malaysia

Feb 18, 2023
Spread the love
  1. Beberapa hari lagi akan berlangsungnya program Malam Apresiasi & Majlis Makan Malam sempena pra Satu Dekad Khidmat Malaysia. Tarikhnya adalah pada 1 Sya’aban 1444 bersamaan 22 Februari 2023 dan bakal berlangsung di Grand Barakah Hotel di Ampang.
  2. Kami cukup gembira apabila Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sudi melapangkan dan meluangkan masa bagi meraikan para jemputan dan para penerima anugerah yang akan disampaikan semasa program itu nanti.
  3. Cukup cepat masa berlalu, Khidmat Malaysia bakal menyambut Ulang Tahun Kesepuluh bulan Disember nanti. Badan bantuan bencana ini ditubuhkan pada 17 Disember 2013 dengan nama asalnya adalah Malaysia Emergency & Disaster Management (MEDM). MEDM dijenamakan semula sebagai Khidmat Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia dengan singkatan, KHIDMAT MALAYSIA pada tahun 2015.
  4. Sempena program Makan Malam, pra sambutan Satu Dekad Khidmat Malaysia diadakan sebagai permulaan kepada sambutan yang akan diadakan nanti.
  5. Malam Apresiasi adalah malam untuk menyampaikan Anugerah kepada petugas dan sukarelawan Khidmat Malaysia sama ada di peringkat negeri, kumpulan atau pun individu selain sebagai usaha untuk mengumpulkan dana bagi menghadapi bencana pada masa akan datang.
  6. Seramai 300 orang tetamu dijangkakan akan turut hadir bersama dalam majlis ini nanti.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
17 Februari 2023